Kehidupan awal Ali_bin_Abi_Talib

Sayyidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Sayyidina Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam.

Sayyidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2]